WOW: LIONEL MESSI MESRA BERSAMA ANAKNYA

570 views

Kali ini penulis ingin kongsikan info berkenaan pemain bolasepak antarabangsa dan anak mereka. Kita tahukan mereka mencipta nama dengan bermain bola sepak.. dan kita selalu tertawan dengan aksi dan kelincahan mereka di padang. Tapi apa yang mungkin kita tidak tahu adalah kisah disebalik kerjaya mereka iaitu keluarga yang mereka bina.

Selain merupakan pemain bolasepak, ada di kalangan mereka juga merupakan bapa kepada anak-anak yang comel dan mereka tidak segan silu untuk berkongsikan kebahagiaan mereka bersama keluarga mereka.

Untuk isu kali ini, penulis ingin kongsikan kisah si bapa Lionel Messi bersama keluarganya.

image preview

Walaupun dikenali sebagai pemain bolasepak yang ternama, Messi juga merupakan bapa kepada 2 orang anak iaitu Thiago (4 tahun) dan Mateo (1 tahun).  Detik-detik kemesraan Messi bersama ahli keluarganya dapat dilihat dengan perkongsian gambar-gambar dan video di akaun instagramnya. Walaupun sibuk dengan kariernya bersama FC Barcelona, Lionel Messi masih sempat meluangkan masa bersama anaknya dan kekasihnya, Antonella Roccuzzo yang juga merupakan ibu kepada dua anaknya itu.

Dikhabarkan juga, Messi telah mendaftarkan Thiago di FC Barcelona School yang merupakan sekolah bolasepak bagi Kelab Barcalenoa dan jika anaknya itu menunjukkan kemajuan, ada kemungkinan dia akan menyertai akademi bolasepak Barca (Barça’s academy) dalam tahun-tahun mendatang.

Nampaknya Messi ingin memastikan legasi kegemilangannya dalam sukan bolasepak dapat diteruskan oleh anaknya itu. Sama-sama kita nantikan, mungkinkah Thiago akan menjadi lebih hebat dari bapanya.

image preview

 

image preview

 

image preview

P/S: Oh Anakku..Sweetnya….. 🙂

 

Tags: #anak #Barcelona #bolasepak #FC Barcelona #Messi

Leave a reply "WOW: LIONEL MESSI MESRA BERSAMA ANAKNYA"

Author: 
author