WOW: KERETA TERBANG

682 views

Anda pastinya teruja untuk melihat realiti adanya “kereta terbang” seperti yang ditunjukkan dalam siri kartun “Jetson” dan filem “Back To The Future” pada suatu masa dulu. Oh Ya.. Pada mereka yang lahir selepas 90an mungkin agak asing mendengar siri berkenaan, maklumlah ianya agak popular pada era 90an dulu.

Tahun 1903 telah menjadi detik bersejarah apabila Wright Bersaudara (Wright Brothers) berjaya menerbangkan kapal terbang pertama di dunia. Penerbangan pertama itu berjaya dilakukan selama beberapa minit menggunakan pesawat udara di North Carolina, Amerika Syarikat dan mendapat pengiktirafan badan penerbangan ketika itu .

Bermula dari detik itu juga, ia telah berjaya memangkin semangat khalayak yang lain untuk mencipta sesuatu yang dikenali sebagai “Kereta Terbang”.

Oh Ya.. Perbezaan antara “kereta terbang” dan “kapal terbang” adalah dari segi kegunaan, “kereta terbang” dicipta untuk beroperasi di atas jalan raya dan di udara dan ia lebih bersifat pemilikan peribadi sama seperti kereta yang ada sekarang. Manakala “kapal terbang” pula penggunaannya adalah lebih kepada komersial, serta saiz dan kapasiti yang lebih besar serta perlu lapangan khas untuk pendaratan. Cuba bezakan kereta dan kapal.. hmmmm… dapatkan…

“Kereta terbang” pertama telah dicipta pada tahun 1917, iaitu setelah sedekad setengah sejarah penerbangan oleh Wright Bersaudara. Dikenali sebagai oleh Curtiss Autoplane, kenderaan yang diperbuat daripada alumunium ini telah dicipta oleh Glenn Curtiss. Namun kenderaan ini tidak berjaya untuk terbang, tetapi berjaya untuk melompat-lompat sahaja.

image preview

Penciptaan “kereta terbang” ini masih berterusan namun sehingga kini kebanyakannya hanya berkonsepkan prototaip dan belum dijual secara komersil dan rasmi. Jom kita lihat generasi baharu “kereta terbang ini”.

1. Aeromobil  
  Aeromobil merupakan produk yang dibina oleh AeroMobil yang beroperasi di Slovakia. Projek ini telah dimulakan sejak tahun 1990 dan sehingga 2014 sebanyak 4 prototaip telah dibina. Namun, ia masih belum dikeluarkan secara komersial dan masih menjalani peringkat ujian. Model ini dicipta untuk berfungsi sebagai kereta dan boleh terbang dengan perubahan mod kereta ke mod terbang dilakukan dalam beberapa saat sahaja. Menarik bukan..  
  image preview  
  image preview  
  image preview  
2. TF-X™  
  TF-X™ merupakan produk keluaran Terrafugia iaitu syarikat yang berpangkalan di Woburn, Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia diasaskan pada tahun 2006 oleh 5 graduan MIT. Pembinaan TF-X™ ini masih diperingkat ujian dan prototaip. Ia dibina berkonsepkan kereta elektrik dengan kaedah berlepas dan mendarat dalam keadaan menegak (macam helikopter kot). Jom kita layan imej bagi  
  image preview  
  image preview  
  image preview  
Entahlah… sempat tak kita nak merasa untuk melihat “kereta terbang” ni . Yang pasti penulis hanya mampu tengok ajelah.. nak beli memang nak mampu… nak cuba merasa naik pun.. tunggu ada yang ajak dulu.. hehe

Tags: #WOW

  1. author

    john10 months ago

    Dasatnya

    Reply
    • author
      Author

      admin10 months ago

      memang dasyat..!! hehe

      Reply

Leave a reply "WOW: KERETA TERBANG"

Author: 
author