WOW: IZZUE ISLAM HASIL “SINGLE” SENDIRI

297 views

Kumpulan Forteen

Izzue Islam yang merupakan pelakon dan penyanyi  kini tampil melebarkan bakat seninya dengan menghasilkan “single” terbaru yang berjudul “Bimbang”.

Penghasilan “single” berkenaan jelasnya, tidak bermaksud penyanyi berkenaan telah meninggalkan kumpulan “Forteen” yang dianggotai bersama tiga rakannya sejak tahun 2011 yang lalu, namun menjelaskan ia merupakan projek istimewa darinya.

Izzue sebelum ini juga pernah dilanda kontroversi disingkirkan dari kumpulan tersebut. Ini dikatakan disebabkan dia sering gagal untuk hadir dalam persembahan yang melibatkan kumpulan berkenaan. Hakikatnya,pelakon dan penyanyi tersebut masih utuh bersama kumpulannya itu sehingga kini.

Menggunakan nama komposer IIAN, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 26, mengakui menerima tunjuk ajar dan nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam menghasilkan “single” berkenaan. Bergenrekan “alternatif poprock” lagu berkenaan telah menjadi lagu tema dalam drama siri yang berjudul Tak Beli Tak Cinta yang dibintangi oleh Rita Rudaini dan ditayangkan di TV3 pada Oktober yang lalu.

Selain sibuk sebagai pelakon, penyanyi dan penulis lagu, Izzue juga terlibat dalam bidang pengacaraan dan bertindak sebagai hos dalam rancangan “Kustom Roda” dan “Destinasi Hijau” di RTM.

Sumber : mstar

Ulasan :

Murah rezeki Izzue.. Nasib baiklah pakcik takde rupa sebagai artis. Tapi penuh berbakat tawww..

 

 

Tags: #WOW

Leave a reply "WOW: IZZUE ISLAM HASIL “SINGLE” SENDIRI"

Author: 
author