WOW: ARTIS MALAYSIA JUAL PRODUK – NEELOFA

805 views

Sebelum ini penulis ada kisahkan berkenaan Artis Malaysia Jual Produk Bahagian 1, post kali ini penulis akan kupaskan lagi isu tersebut.

Kali ini penulis akan fokuskan peceritaan kepada gadis cantik yang “Berisi”, (berisi dengan ilmu yerr) iaitu…. Noor Neelofa Mohd Noor..

image preview

Sumber :mstar

Siapa tak kenal dengan Neelofa. Orangnya cantik, lembut dan bijak bergaya. Artis jelita kacukan Melayu, Pakistan dan Arab ini berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1989. Pemenang Dewi Remaja 2010 yang dianjurkan majalah Remaja ini juga merupakan seorang model iklan, pelakon dan pengacara. Beliau pernah menggenggam anugerah Bintang Paling Popular dan Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH 29) dan Anugerah Heroin Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013).  Drama “Suri Hati Mr Pilot ” lakonannya bersama Fattah Amin, sekali lagi Me”LETOP”kan namanya di industri hiburan tanah air. Hebatkann..!!

Di dalam bidang perniagaan, Neelofa pernah melancarkan produk  minuman kesihatan dan kecantikan “BellaVita” bersama ibu dan kakaknya. Produk minuman kesihatan bernutrisi ini membolehkan badan mendapatkan vitamin untuk keperluan harian selain menambah dan mengekalkan kejelitaan anda. Oh Wow…

image preview

Kini, Neelofa aktif mengendalikan perniagaan tudung di bawah label Naelofar Hijab. Wow.. sememangnya jolokan “Beauty With Brain” sesuai dengan diri beliau yang sentiasa bijak mencipta peluang selain dari cantik menawan dan ceria bergaya.

Selain dari perniagaan produk kecantikan dan tudung, Neelofa juga turut terlibat dalam rangkaian perniagaan seperti minyak wangi, Lofalens (kanta lekap), Naelofar Abaya (jubah) dan  LofaHeels (kasut).

Penulis berdoa semgoga Neelofa terus sukses, dunia dan akhirat.

Tags: #Artis #berniaga #hijab #Malaysia #muda #Neelofa #tudung #wanita

Leave a reply "WOW: ARTIS MALAYSIA JUAL PRODUK – NEELOFA"

Author: 
author