WOW : ARTIS MALAYSIA JUAL PRODUK.. BAHAGIAN 1

882 views

Penglibatan artis dalam bidang penjualan sesuatu produk merupakan strategi yang bijak, di mana mereka boleh menggunakan populariti sedia ada untuk melariskan lagi jualan produk yang mereka wakili. Dunia hiburan yang penuh glamour sudah tentulah dapat menarik khalayak peminat untuk mencuba atau menggunakan produk yang dipromosikan oleh seseorang artis tersebut. Ye lah.. artis-artis ini memang sudah sedia cantik, bergaya dan me”letop”, jadi dengan artis yang mewakili produk berkenaan, sudah tentu dapat meningkatkan lagi keyakinan peminat atas sesuatu produk tersebut.

Strategi serampang dua mata ini dapat membantu mereka menjana pendapatan tambahan disamping meneruskan karier masing-masing.

Jom kita lihat kisah sebahagian artis dan produk yang mereka wakili atau niagakan.

1.  Dato’ Siti Nurhaliza

image preview

Seperti yang diketahui, penglibatan Dato’s Siti Nurhaliza di dalam bidang penjualan produk bermula dengan menjadi duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Maybelline, Pantene  dan Olay. Dengan keayuan dan populariti yang diraih ketika itu, sudah semestinya beliau menjadi rebutan jenama-jenama popular untuk mewakili produk mereka. Penyanyi wanita popular negara ini seterusnya melangkah maju lagi  dengan memperkenalkan produk kecantikan jenama sendiri yang dikenali sebagai SimplySiti pada tahun 2010. Jenama ini mencipta sensasi tersendiri di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan terus mewarnai artis kesayangan negara ini dengan rezeki yang melimpah ruah.

image preview

2. Rozita Che Wan

image preview

Beliau pada awal kariernya bermula sebagai pelakon sebelum mengorak langkah menceburi bidang perniagaan. Kerjaya lakonannya bermula dengan watak komedi di dalam sebuah drama iaitu “Kiah Pekasam” yang berjaya menyerlahkan bakatnya dan menjadikan beliau antara pelakon komedi yang digemari. Namun bakat lakonannya terus menyerlah sehingga tercalon di Anugerah Bintang Popular iaitu sebuah anugerah yang mengiktiraf artis Malaysia. Beliau sehingga kini telah terlibat sebagai duta dalam pelbagai jenama produk seperti Rysya, Tropika, Jakel, Logivite, Stroller Mini Cooper dan Idola. Beliau juga mengeluarkan produk sendiri mengunakan bran RCW seperti minyak wangi, tudung dan Jus Goyang Rapat. Wow..

image preview

3. Erra Fazira

image preview

Pemilik nama sebenar Fazira binti Wan Chek ini memulakan dunia glamournya  sebagai seorang model sebelum terlibat dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan. Bekas Ratu Cantik Malaysia/World 1992 ini, sememangnya diakui memiliki raut wajah yang cantik yang penampilan yang menarik yang sentiasa membuatkan setiap peminat tertunggu-tungu kemunculannya. Pelantun suara untuk lagu yang pernah popular satu ketika dahuli dahulu seperti Jendela Hati , Pasrah dan Hanya di Mata kini, telah menganjak ke usia 40an, dan mengakui memperlahankan rentak karier nyanyiannya kerana tidak mempunyai lagi baru, namun tidak menolak untuk membuat comeback jika terdapat lagu baru yang sesuai. Bercakap tentang perniagaan, beliau sebenarnya telah memulakannya sejak 5 tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Beliau kini aktif membuat perniagaan tudung dengan jenama RARA by Erra Fazira. Beliau menekankan rekaan tudung yang simple, mudah dipakai  dan menggunakan fabrik yang sesuai yang pasti membuatkan keselesaan kepada pemakainya. Hebatkan..

image preview

Kejayaan artis dalam bidang perniagaan ini seharusnya menjadi contoh kepada kita. Jom kita sebagai peminat teruskan usaha menyokong kerjaya mereka dan kita doakan semoga kita dan mereka terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.

P:S Selamat Tahun Baru 2017

Tags: #Artis #jual #kecantikan #Malaysia #produk #tudung

Leave a reply "WOW : ARTIS MALAYSIA JUAL PRODUK.. BAHAGIAN 1"

Author: 
author