BEBEL : RAKAN PENYEWA, TETAMU ATAU PENUMPANG. SILA HADAM.

175 views

As salam..

admin nak membebel sikit pasal konsep “rakan penyewa, tetamu atau penumpang”. Korang tau tak beza antara 3 benda di atas. admin nak nasihatkan supaya korang betul-betul hadam dan tahu menda berkenaan sekiranya korang ada niat nak bertandang dan menumpang kat mana-mana rumah sedara mara korang..

 Penyewa

  1. Penyewa ni orang yang sewa rumah tu. Tak kisah la sewa bilik atau sewa rumah. Mereka ni bayar sewa dan  bayar semua bil (kongsi) yang berkenaan dalam rumah tu (seperti dinyatakan dalam perjanjian sewa rumah/bilik)
  2. Mereka ada batas privasi masing-masing. Apa yang disimpan dalam bilik masing-masing(penyewa bilik) itu hak mereka. Korang jangan memandai-mandai pergi selongkar bilik mereka.
  3. Dah mereka bayar bil, mereka boleh boleh la tengok tv, tengok astro, mandi dan sebagainya kat rumah tu. Kalau tuan rumah sediakan dapur, peti ais ataupun mesin basuh, kemudahan tu.. tolong jaga sama-sama. Waima sampah pun korang kena ada toleransi untuk buangkan.
  4. Makanan dalam peti ais jangan suka-suka aje pergi makan melainkan dibeli dengan perkongsian atau diizinkan oleh tuan punya nya.
  5. Pinggan mangkuk, cawan periuk belanga semuanya korang basuh dan jangan tinggalkan  dalam sinki bagai..Tolong jaga hati perut dan kepala lutut penyewa-penyewa lain.
  6. Pandai-pandailah guna elektrik dan air tanpa sikap menjengkelkan orang lain. Ko respek orang, orang akan respek ko.

Tetamu

  1. Tetamu ni orang yang datang ke rumah tu. Dalam Islam, tetamu tu dia datang menumpang tidak lebih dari tiga (3) hari.
  2. Dia menumpang sekejap atas alasan untuk menyelesaikan atau menguruskan hal-hal yang berkaitan atau semata-mata bertujuan untuk melawat kalian. Korang boleh bertoleransi untuk memberi mereka tempat tinggal selagi mana urusan mereka tidak selesai. Terpulang kepada korang.
  3. Selama tempoh tersebut, tuan rumah seupaya mungkin boleh cuba untuk memuliakan dan meraikan tetamu mereka. Layan dengan baik.
  4. Cuba cukupkan keperluan dan memudahkan urusan mereka selagi mampu. Tapi jangan sampai rasa terbeban, bantulah seikhlas mungkin.Ya lah.. selama ni ko pun makan nasi dengan telur.. duit cukup-cukup je untuk sebulan.. takkanlah nak kena berhutang semata-mata nak jaga hati mereka.
  5. Yang penting hati kena ikhlas. Tapi terpulanglah pada korang macamana nak layan. Yang penting konsep memuliakan tetamu tu kena ada.

 Penumpang

  1. Penumpang ni dia datang rumah orang tu lama sikit. Mungkin dalam seminggu atau paling lama pun sebulan.. Alasan bagi orang yang menumpang ni biasanya adalah “untuk cari kerja”. So.. selagi dia x dapat kerja selagi itulah dia menumpang kat situ.. huhu..
  2. Biasanya orang yang menumpang kat rumah kita ni.. dia tak payah bayar sewa cuma makan pakai tu sepatutnya guna duit mereka lah. Kita sebagai tuan rumah, mungkin boleh cuba seupaya mungkin mengurangkan beban mereka.
  3. Kalau kau dalam kategori penumpang, datang menumpang rumah orang tolong jaga sikit adab dan tingkahlaku korang.
  4. Hormat privasi tuan rumah. Jangan sampai tuan rumah balik kerja, korang senang hati je layan youtube dekat komputer diaorang. Maklumlah wifi percuma. Atau korang boleh baring-baring tengok tv slot drama akasia sambil tersengih-sengih. Kalau sekali dua ko buat macam tu xpe.. kalau banyak kali memang minta kakilah jawabnya.
  5. Kalau jenis macam ni admin nasihatkan supaya dihalau sahaja. Sebab admin pun pernah halau orang yang tak sedar diuntung ni. Yelah admin ni jatuh dalam kategori bujang tua terlajak.. adalah kes anak ayam, anak ikan yang datang menumpang macam ni. Memang kesudahan ceritanya, jadi setan la.. mengusir orang.

P/s: Keysahlah apa orang nak kata. Yang penting admin hepi.. titik

Leave a reply "BEBEL : RAKAN PENYEWA, TETAMU ATAU PENUMPANG. SILA HADAM."

Author: 
author