OMG : SPAM “OM TELOLET OM”

331 views

“Om Telolet Om” pada akaun artis Selena Gomez

“Om Telolet Om ” yang melanda media sosial ini,  boleh dianggap satu fenomena yang mana jika diperhatikan ada sahaja komen berkenaan menghiasi dinding-dinding komentar di Youtube, Instagram mahupun Facebook .

Jika dilihat pada dasarnya, komen ini lebih menjurus kepada bersikap jenaka, namun kehadiran terlalu banyak komen berkenaan boleh dianggap sebagai “spam” dan memberi gangguan kepada pengguna media yang lain.

Komen yang dalam bahasa Indonesia ini banyak menghiasi akaun tidak hanya bintang negara berkenaan malah artis dan tokoh antarabangsa. Ada juga komen berkenaan ditempatkan pada status yang tidak berkenaan yang bersifat peribadi, genting dan sensitif.

“Om telolet om” merujuk kepada pintaan untuk membunyikan hon oleh pemandu dan tiada kaitan dalam isu yang dipaparkan pada pos seseorang.

“Om Telolet Om” pada akaun artis korea Lee Jun-ho

Diharap fenomena ini dapat dihentikan walaupun pada hakikatnya kita lihat ada semangat “Indonesia” dalam perkara berkenaan.

P/S : “Om Telolet Om”

 

Tags: #OMG

  1. author

    john12 months ago

    baru aku paham maksud dia.

    Reply

Leave a reply "OMG : SPAM “OM TELOLET OM”"

Author: 
author