OMG : “RUNNING MAN” BERHENTI “BERLARI”

109 views

Bagi peminat rancangan “Running Man” , iaitu sebuah rancangan variety dari Korea Selatan ia merupakan satu kejutan apabila pihak produksi program berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan rancangan berkenaan setelah 6 tahun bersiaran.

Ini susulan beberapa kontroversi telah melanda program berkenaan dan dijangka episod terakhir rancangan realiti berkenaan akan ditayangkan pada Februari 2016 nanti.

Sebelum itu, peminat rancangan “Running Man” dikejutkan dengan penarikan diri oleh Kim Joong-Kok dan Song Ji-Hyo  yang merupakan anggota tetap rancangan berkenaan. Namun setelah berita berkenaan tersebar, pihak pengurusan artis berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa artis berkenaan tidak secara sukarela menarik diri tetapi sebenarnya telah disingkirkan secara paksarela dari program berkenaan.

Isu ini telah membuatkan peminat program berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan menyuarakan agar pihak produksi tampil meminta maaf kepada artis berkenaan.

Pada episod “Krismas”  yang ditayangkan pada 25 Disember 2016 lepas, pihak produksi telah tampil meminta maaf atas kesalahfahaman yang telah berlaku.

Fakta berkenaan “Running Man” :

  1. Rancangan “Running Man” telah bersiaran selama 6 tahun bermula pada tahun 2010. Episod pertama ditayangkan pada 11 Julai 2010.
  2. Anggota asal adalah Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Lee Kwang-soo, Song Joong-ki, dan Gary. Song Ji Hyo pada episod awal merupakan ahli undangan sehingga diserap sebagai anggota tetap pada episod ke-6.
  3. Song Joong-ki meninggalkan rancangan “Running Man” untuk fokus kepada karier lakonannya pada April 2011. Episod terakhir yang dirakam sebagai anggota tetap adalah episod 41.
  4. Lizzy telah menyertai rancangan “Running Man” secara tetap pada Episod 18 setelah menjadi artis undangan rancangan itu pada episod 13 dan episod 14. Namun beliau terpaksa meninggalkan rancangan tersebut pada episod 26 untuk memberi fokus kepada karier nyanyiannya bersama kumpulan After School.
  5. Sehingga kini, Song Ji Hyo merupakan satu-satunya ahli tetap  perempuan bagi rancangan tersebut.
  6. Gary mengumumkan meninggalkan “Running Man” pada Oktober 2016 untuk memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.
  7. Pada Disember 2016, peminat dikejutkan dengan pengunduran Kim Jong-kook dan Song Ji Hyo dari rancangan tersebut namun apa yang berlaku sebenarnya adalah mereka telah disingkirkan secara paksarela dari rancangan tersebut.
  8. Atas semangat setiakawan, 4 anggota yang lain mengambil keputusan untuk sama-sama menarik diri dari rancangan tersebut. Pihak SBS (Produksi “Running Man”) akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan rancangan tersebut dengan episod terakhir akan disiarkan pada Februari 2016. Episod ini akan mengekalkan Song Ji Hyo dan Kim Jong-kook dalam rancangan tersebut.

 

Tags: #OMG

Leave a reply "OMG : “RUNNING MAN” BERHENTI “BERLARI”"

Author: 
author