OMG : CINCIN DI ZAKAR

1057 views

OMG, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi isu yang berkaitan dengan cincin dan zakar ini. Errr.. sekadar nak berkongsi info sahaja yer..

Lumrah mengetahui bahawa cincin itu dicipta untuk dipakai di jari, tak kira lah.. jari tangan ke.. atau jari kaki… tapi ada juga cincin yang dicipta khas bagi kaum adam untuk diletakkan di zakar.Ia bukan untuk tujuan perhiasan tetapi mungkin lebih kepada perubatan.

Bagi lelaki, cincin ini dipercayai boleh membesarkan saiz zakar atau menambahkan ketegangan zakar atau mempertahankan ereksi zakar semasa melakukan seks. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kepuasan seks si pemakai mahupun kepada pasangannya.

Namun, harus diingat, bahaya dan kesan dari pemakaian cincin ini juga perlu diambil kira, malah ia boleh mendatangkan aib dan kesipuan kepada para pemakainya jika tidak kena gaya.. hehe.

Penulis kongsikan beberapa berita yang pernah mewarnai media sosial melibatkan isu pemakaian cincin pada zakar ini.

1. Bomba Keluarkan Cincin Tersekat Pada Zakar (Berita Bertarikh : 31/12/2016)

Anggota bomba terpaksa bergegas ke Pusat Perubatan Universti Malaya untuk membantu menanggalkan cincin logam yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki setelah menerima panggilan dari pihak hospital. Lelaki itu terpaksa menahan sakit selama beberapa jam sebelum cincin itu dapat dipotong.

image preview

Sumber : mstar

2.  Silap ‘jari’ (01/10/2016)

Kejadian berlaku di negara China, apabila seorang lelaki berusia 18 tahun terpaksa menderita kesakitan selama 2 hari apabila cincin perkahwinan tersekat pada kemaluannya.  Dia meminta bantuan pihak hospital yang selepas itu menghubungi pihak bomba untuk mengeluarkan cincin tersebut dari kemaluannya.

image preview

Sumber : hmetro

3. Cincin Terlekat Di Kemaluan, HKL Minta Bantuan Bomba (Berita Bertarikh: 05/05/2015)

Seorang lelaki berusia 40 tahun terpaksa melalui detik menyakitkan dan memalukan apabila cincin terlekat dikemaluannya. Para doktor di Hospital Kuala Lumpur terpaksa memanggil ahli bomba kerana tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk memotong cincin tersebut setelah didatangi pesakit tersebut yang dalam kesakitan.

image preview

Sumber : mstar

4. Bomba Kota Bharu tolong potong cincin tersangkut di kemaluan lelaki (berita Bertarikh : 25/08/2014)

Tindakan seorang pemuda berusia 22 tahun, memasukkan objek berbentuk “cincin” pada kemaluannya mengundang padah apabila “bearing” alat ganti kenderaan itu tidak boleh dikeluarkan dari alat sulitnya. Kejadian berlaku di Kota Bharu Kelantan itu memaksa pihak hospital memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu untuk membantu dan berjaya memotong dan mengeluarkan “cincin” tersebut dari kemaluan mangsa. Motif dari tindakan pemuda terbabit tidak dapat dipastikan. 🙂

image preview

Sumber : astroawani

P/S : Kadang-kadang sikap ingin mencuba memaksa seseorang bertindak sedemikian, namun lain pulak yang berlaku. Namun ia seharusnya dijadikan pengajaran agar benda yang sama tidak berlaku ke atas kita semua.

Tags: #bomba #cincin #kemaluan #Zakar