OMG : BERITA “KERETA TERBANG” DI MALAYSIA

500 views

Jika sebelum ini penulis berkongsi cerita dengan realiti kewujudan kereta terbang dan usaha untuk mereleasisikannya, tapi tahukah anda bahawa “kereta terbang” ini telah wujud di Malaysia. Ya.. ia memang benar dan pernah menjadi berita atau topik hangat yang menghiasi dada-dada akhbar dan laman web di alam maya sebelum ini.

Namun di Malaysia ini, kebolehupayaan kereta ini untuk terbang bergantung kepada pemandu yang pakar atau pemandu yang terbabas dalam mengendalikannya. “Kelajuan” merupakan faktor penting untuk menerbangkan kereta anda dan ia telah berlaku secara tidak sengaja malah boleh membawa maut.

Maka berhati-hatilah ya.. Malang tidak berbau dan ingat kentut kadang-kadang ada juga yang tidak berbau..

Jom kita lihat, beberapa kejadianyang melibatkan kereta terbang yang sempat penulis rangkumkan.

1. Kereta terbang di Mersing Johor
Kereta Terbang Di Mersing, Johor
Sesuatu yang pelik bila difikirkan bagaimana Toyota Vios itu boleh berada di tebing tersebut. Kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dikatakan telah terbang dan melekat ke cenuram berkenaan. Kejadian ini  berlaku pada Julai 2012  di Felda Nitar Mersing Johor. Pemandu kenderaan  tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemungkinaan kenderaan dipandu dengan laju dan terbabas adalah menjadi sebab kemalangan berkenaan. Alhamdulillah.. semua selamat dan tidak melibatkan mangsa (manusia) lain.
Sumber : fitrihadi.com
2. MyVi  pun boleh terbang
MyVi terbang
Perodua MyVi tersebut dikatakan telah terbabas dan melanggar longgokan pasir sebelum melayang dan singgah di atas van tersebut. Pemandu merupakan seorang lelaki dan kemungkinan kenderaan tersebut dipandu dengan laju. Kemalangan ini berlaku di Jalan Pekeliling. Kota Bahru Kelantan pada Januari 2012. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Sumber : yanmieonline.com
3. Wira Terbang
Wira Terbang
Kejadian Proton Wira “tersangkut” di pagar rumah ini telah berlaku pada Oktober 2015 di Baling Kedah. Walaubagaimanapun pemandu dikatakan hanya cedera ringan dalam kejadian berkenaan. Pemandu dikatakan tersilap tertekan pedal minyak ketika menghampiri selekoh sebelum keretanya hilang kawalan dan terbabas.
Sumber : ohdunia.my

PS : Berhati-hati dijalan raya..

Tags: #kemalangan #Kereta #laju #terbang

Leave a reply "OMG : BERITA “KERETA TERBANG” DI MALAYSIA"

Author: 
author