OMG: 2017 – HARI TANPA BEG PLASTIK – SELANGOR

1768 views

Jika sebelum ini kerajaan negeri Selangor menguatkuasakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu setiap minggu sahaja, kini, penguatkuasaan itu akan dipanjangkan kepada setiap hari (tujuh hari seminggu). Ini bermakna tiada lagi pembekalan beg plastik percuma oleh peniaga kepada pengguna.

Hari Tanpa Plastik adalah kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor dalam usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan plastik merupakan antara penyumbang terbesar kepada pencemaran ini.

Untuk makluman, kempen ini telah diperkenalkan sejak 2009 dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Selangor. Hasil kaji selidik yang dibuat oleh kerajaan Selangor juga mendapati¬†71% rakyat Selangor merasakan kempen ‘Bebas Beg Plastik’ pada hari Sabtu sahaja tidak memadai.

Justeru, kerajaan Selangor telah mengambil keputusan supaya semua peruncit tidak akan membekalkan beg plastik secara percuma serta melarang penggunaan polistirena bermula tahun 2017.

Jika pengguna masih perlukan beg plastik, caj minima 20 sen akan dikenakan oleh peruncit.

Maklumat lanjut berhubung Kempen #BebasPlastik boleh layari www.bebasplastik.my

image preview

Tags: #2017 #alam sekitar #beg plastik #caj #polisterina #selangor

Leave a reply "OMG: 2017 – HARI TANPA BEG PLASTIK – SELANGOR"

Author: 
author