KEMALANGAN KAPAL PENUMPANG PALING BURUK DALAM SEJARAH

171 views

Tahukah anda, kejadian perlanggaran kapal penumpang paling burukdalam sejarah dunia. Kejadian ini telah berlaku di salah sebuah negara di Asia Tenggara. Mangsa yang terkorban dikatakan mengatasi jumlah kematian semasa kejadian tenggelamnya kapal “Titanic” yang begitu popular dengan kisah dan filemnya. Jika kapal Titanic karam disebabkan perlanggaran dengan iceberg, namun kejadian ini lebih dahsyat dengan kebanyakan mangsa mati terbakar. Jom baca admin nak bercerita.

  1. Kejadian ini telah berlaku di negara Filipina pada 20 Disember 1987.
  2. Kemalangan melibatkan kapal penumpang/feri  yang bernama “Doña Paz” dan sebuah kapal tangki minyak yang dikenali sebagai “Victor”.
  3. Feri penumpang seperti “Doña Paz” digunakan secara meluas di Filipina, iaitu sebuah negara kepulauan di Asia Tenggara yang terdiri daripada lebih 7,000 pulau-pulau.
  4. Ia merupakan antara kaedah pengangkutan yang paling murah dan paling popular untuk perjalanan di sana.
  5. Feri tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Manila selepas bertolak dari Leyte Island manakala kapal tangki “Victor” dalam perjalanan menghantar minyak dari Bataan ke Masbate.
  6. Semasa kejadian, cuaca ketika kejadian dikatakan agak baik dan laut berombak tenang.
  7. Kemalangan telah menyebabkan kebakaran pada kapal tangki dan seterusnya merebak  dengan pantas ke kapal penumpang yang akhirnya mencetuskan letupan yang amat dahsyat dengan api yang marak menjulang di tengah-tengah lautan.
  8. Telah mengorbankan kira-kira 4,386 mangsa mengatasi kemalangan kapal Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan seramai 2,224 orang.
  9. Mangsa yang terkorban dikatakan seolah-olah dibakar hidup-hidup dalam kejadian yang amat mengerikan itu.
  10. Hanya 26 mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut dengan 24 mangsa daripada feri “Dona Paz” dan 2 orang merupakan krew dari kapal tangki “Victor”.
  11. Mangsa yang terselamat mengalami melecur yang teruk kerana terpaksa terjun ke dalam air yang menyala disebabkan api yang terhasil dari tumpahan minyak dari kapal tersebut.
  12. Semasa kejadian dianggarkan feri berkenaan membawa sehingga 3000 ke 4000 penumpang walaupun jumlah yang berdaftar (menulis nama semasa membeli tiket) hanya seramai 1,641 orang dengan 1,583 daripadanya merupakan penumpang dan 58 adalah krew feri berkenaan.
  13. Dari 24 mangsa yang terselamat dalam feri “Dona Paz”, hanya 5 merupakan penumpang yang mendaftarkan nama mereka.
  14. Feri berkenaan sepatutnya hanya boleh menampung seramai 1,518 penumpang sahaja. Namun lebihan penumpang dikatakan mungkin disebabkan musim pulang ke kampung bagi menyambut Krismas bersama keluarga masing-masing.
  15. Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang dan minta dijauhkan kita daripada marabahaya dan malapetaka seperti ini. Amiin..

Sekian.

Tags: #cerita #dona paz #kemalangan kapal #paling buruk

Leave a reply "KEMALANGAN KAPAL PENUMPANG PALING BURUK DALAM SEJARAH"

Author: 
author
No related post!