BEBEL : PEMIUTANG, PENJAMIN DAN PENGHUTANG. KORANG YANG MANA?

256 views

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Hari ni admin nak menulis berkenaan Pemiutang, Penjamin dan Penghutang. Sebut je tiga subjek berkenaan mesti korang teringat pada seseorang kan..? Cuba ingat.. rasa sakit hati tak.. atau rasa macam nak bagi kaki.. hehe.. hadaplah kan.. lumrah hidup..

Jom kita gali isu ini bersama-sama, sambil menahan nafas dan sebak di dada..

Pemiutang

  1.  Merupakan pihak yang mengeluarkan wang/ benda untuk diberikan secara hutang kepada orang lain.
  2. Boleh jadi pihak bank, kedai perabot, kedai elektrik, adik beradik, jiran tetangga, kawan jauh, kawan dekat, saudara dekat, saudara jauh, sepupu sepapat, sahabat, sahabat lama tak jumpa , Ah Long, Ceti , Pakistan Jual karpet atau orang yang ada wang/duit/benda yang orang lain nak.
  3. Kalau melibatkan pihak bank, kedai-kedai  atau mereka yang menyediakan khidmat pinjaman mereka biasanya memerlukan dokumen-dokumen sokongan tertentu sebagai syarat untuk memastikan pelanggan mereka boleh membayar balik hutang-hutang yang telah dibuat. Contohnya Salinan slip gaji, Kad Pengenalan, Bil Elektrik, Bil Air,Penyata Bank, Penyata KWSP dan macam-macam lagi.
  4. Bagi pemberi hutang yang tidak menyediakan perkhidmatan pinjaman tetapi terpaksa keluarkan duit/benda untuk diberikan kepada orang yang meminta hutang,  mereka hanya memerlukan kata-kata manis, pujuk rayu, janji-janji yang berwawasan serta muka yang penuh simpati serta lakonan penuh kesayuan kasihan dari pihak yang ingin berhutang. Contohnya “kaulah sahabat dunia akhirat”, “nanti kalau ada duit aku bayar”, “aku dah takde orang lain lagi untuk minta tolong” dan sebagainya.
  5. Kalau melibatkan bank, kedai-kedai, ah long, ceti atau makhluk lain yang menyediakan khidmat pinjaman, biasanya pihak penghutang akan dikenakan bunga atau interest dan disediakan jadual untuk bayaran balik atas pinjaman yang dilakukan. Bayaran adalah mengikut jadual dan sebarang kelewatan akan dikenakan penalti atau denda. Panggilan-panggilan telefon akan dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengingatkan si penghutang supaya membuat bayaran balik pinjaman mereka disamping mungkin disertai dengan kata-kata herdikan, ugutan dan sebagainya. Ada kemungkinan juga rumah si penghutang akan disirami dengan cat sebagai tanda ingatan dari pihak mereka.
  6. Bagi pemiutang yang terdiri dari orang perseorangan ataupun mereka yang terpaksa keluarkan duit untuk penghutang, kebiasaan mereka telah membuat persediaan mental, rohani dan jasmani untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang pihak penghutang tidak akan membayar hutang mereka (macam haram). Mereka ini juga akan cuba sedaya upaya menghubungi pihak penghutang dengan menyembunyikan perasaan takut dan malu serta penuh mengharap agar pihak penghutang membayar hutang mereka. Jika tidak, mereka akan berusaha secara senyap dengan berada ditikar sejadah dengan memanjatkan doa kepada yang maha Esa supaya membuka pintu hati penghutang supaya membayar hutang mereka. Pasrah..

Penjamin

  1. Merupakan orang yang memberi jaminan kepada pihak pemiutang bahawasanya pihak penghutang mampu membayar balik hutang yang telah dibuat.
  2. Mereka ini akan terikat secara undang-undang untuk membayar balik hutang tersebut sekiranya si penghutang tidak mahu membayar atau tidak menjelaskan hutang tersebut.
  3. Dengan kata lain, bank akan suruh ko bayar kalau si penghutang tu tak bayar balik hutang tu.. eeeeeiii (macam nakkaki)
  4. Mereka ini tidak perlu mengeluarkan duit kepada pihak penghutang, tetapi mereka perlu menyediakan kekuatan tangan dan kekuatan mental untuk menurunkan tandatangan pada kertas perjanjian hutang berkenaan disamping beberapa salinan fotostat Kad Pengenalan,Slip Gaji dan sebagainya.
  5. Biasanya golongan yang menjadi penjamin ni, adalah mereka yang mempunyai naluri kasih sayang dan kemanusiaan serta hati yang mulia dengan niat untuk membantu sesama manusia atau mereka yang telah termakan budi, atau kawan-kawan atau saudara yang termakan puji atau mereka yang termakan pujuk rayu yang membuahkan rasa kasihan dan empati kepada golongan yang berhutang tadi.
  6. Mereka ini akan mula cemas apabila mendapat salinan surat tunggakan hutang yang telah dijamin dari pihak bank atau institusi yang memberikan pinjaman tadi, sambil cuba mengembalikan memori bila dan mengapa mereka menjamin si penghutang tadi. Mereka cuba menyalahkan diri, dengan niat baik mereka itu tidak disangka diperlakukan begini. hehe
  7. Mereka mungkin merupakan insan teraniaya.

 Penghutang/Peminjam

  1. Mereka yang membuat hutang atas tujuan tertentu.
  2. Mereka yang dalam keadaan terdesak dan amat memerlukan.
  3. Mereka yang memiliki kata-kata manis, janji-janji tak palsu dan pujuk rayu yang meyakinkan bila menghadapi orang perseorangan dalam membuat hutang.
  4. Mereka yang segigih mungkin menyediakan dokumen-dokumen untuk menyokong permohonan hutang mereka jika melibatkan pinjaman dengan institusi pemberi pinjaman.
  5. Memiliki hati yang kental, semangat yang kuat dan prinsip yakin boleh untuk melunaskan hutang yang telah dibuat (nan hado).
  6. Mereka juga mungkin terdiri daripada kalangan manusia yang amnesia setelah mendapat apa yang diperlukan.
  7. Mereka mungkin perlu diingatkan tentang hutang mereka, takut-takut mereka terlupa.
  8. Mereka mungkin amat gelisah bila tidak dapat membayar hutang kepada pihak bank tetapi tidak kepada hutang yang dibuat kepada orang perseorangan.
  9. Mereka ini mungkin mengambil sikap sambil lewa untuk membayar hutang jika tidak didesak tanpa memikirkan keperluan bagi pihak yang memberi hutang.
  10. Mereka mungkin mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan bersifat mengungkit atau mengherdik apabila didesak supaya membayar hutang. Contoh ayat “ala.. hutang 10 ringgit aje pun.. bukan sejuta”, “Kau ni dengan aku pun nak berkira..”, “Nanti ada duit aku bayarlah.. tangkai jering sangat”.. dan lain-lain (korang tambah sendiri kat komen .. kiki). Sikap ini tidak pula ditunjukkan kepada pihak bank.
  11. Mereka mungkin mengambil ringan atas hutang yang dibuat dengan orang perseorangan tetapi tidak dengan institusi perbankan.
  12. Mereka mungkin showoff dengan posting di facebook, instagram atai socmed yang lain dengan gambar-gambar makan di restoran-restoran terkenal, makanan yang sedap-sedap, makan angin dalam dan luar negara, shopping sana sini tanpa memikirkan perasaan pemiutang yang membaca posting di facebook tersebut sambil meengetap bibir.
  13. Mereka mungkin tak takut masuk neraka dengan melambat-lambatkan membayar hutang. Kalaulah pemiutang tadi dah meninggal macam mana nak bayar.
  14. Hadith “Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

    Huraian Hadith:

    • Hadis ini mengingatkan warisnya supaya segera membayarkan hutangnya jika ia meninggalkan harta
    • Berhutang kalau boleh pada perkara yang penting sahaja dan ingat selalu untuk menjelaskannya sebelum terlupa

P/S : Chett.. sambil mengarang post ni pun.. ada orang nak pinjam duit RM20..

Tags: #Hutang #masalah hutang #peminjam #pemiutang #pinjaman

Leave a reply "BEBEL : PEMIUTANG, PENJAMIN DAN PENGHUTANG. KORANG YANG MANA?"

Author: 
author